Merujuk kepada surat edaran, dimaklumkan bahawa YB Menteri Pendidikan Malaysia telah mengumumkan Tema Hari Guru Kali ke 52 pada 05 Mac 2023 sempena Majlis Pelancaran Gerakan Massa Peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang. Tema Hari Guru pada tahun ini adalah seperti berikut:

Dapatkan promosi printer daripada AR Edutech di: bit.ly/AREDUTECHHQ

Tema Sambutan Hari Guru ke 52 untuk tahun 2023

HURAIAN TEMA HARI GURU KALI KE-52 TAHUN 2023 GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Guru Insani: Pendidik yang mencorakkan peribadi murid ke arahkeseimbangan duniawi dan ukhrawi.

Pemangkin: Pendidik yang berperanan sebagai penggerak utama dalam pembinaan murid beradab, menyanjung tinggi nilai kemanusiaan dan menghargai nilai kemakmuran.

Generasi Madani: Generasi yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.

Huraian : Guru bertanggungjawab sebagai pemacu dalam pembinaan generasi berperibadi mulia, mampan dan berdaya cipta bagi melahirkan masyarakat yang terkedepan dari segi pemikiran dan kerohanian tanpa mengabaikan pencapaian kebendaan.