Microsoft OneDrive merupakan satu platform penyimpanan awan yang membolehkan pengguna menyimpan dan mengakses fail-fail mereka secara atas talian. Dalam dunia pendidikan, OneDrive boleh digunakan sebagai alat untuk menyimpan bahan pengajaran dan rujukan untuk diakses dengan mudah oleh guru dan pelajar. Berikut adalah panduan untuk menyimpan fail dan bahan pengajaran menggunakan OneDrive.

Menyimpan dokumen dan fail bahan PdP ke OneDrive secara automatik.
Menyimpan dan mengemaskini gambar-gambar anda di laptop, tablet dan telefon. Semua simpanan adalah serentak dan selamat.
Anda boleh merakam, merekod dan mengimbas dokumen daripada telefon dan dimuatnaik ke OneDrive untuk diakses pada bila-bila masa,

OneDrive mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya alat yang sesuai untuk menyimpan bahan pengajaran dan rujukan guru. Antara kelebihan OneDrive adalah:

  1. Akses mudah
    Pengguna boleh mengakses fail-fail mereka dari mana-mana dengan menggunakan akaun mereka. Ini bermakna guru boleh mengakses bahan pengajaran mereka dari rumah atau dari mana-mana yang ada sambungan internet.
  2. Penyimpanan yang selamat
    Fail-fail yang disimpan dalam OneDrive adalah selamat dan tidak akan hilang walaupun peranti pengguna rosak atau hilang. OneDrive mempunyai sokongan penyimpanan data yang selamat dan berkemampuan tinggi.
  3. Berkongsi fail dengan mudah
    Fail-fail boleh dikongsi dengan mudah dengan pelajar dan rakan guru. Fail-fail yang dikongsikan boleh diakses dengan mudah melalui pautan yang diberikan.
  4. Fail atas permintaan
    Akses semua fail OneDrive anda di Windows 11 tanpa menggunakan ruang pada PC anda.
  5. Pengimbasan dokumen
    Gunakan peranti mudah alih anda untuk mengimbas dan menyimpan dokumen, resit, kad perniagaan, nota, dan banyak lagi di OneDrive.
  6. Peti Peribadi
    Simpan fail penting dan sensitif anda dengan perlindungan tambahan di Peti Peribadi.
  7. Sandaran folder PC
    Lindungi fail dan folder penting anda di Desktop, Dokumen, dan Gambar dengan OneDrive.
  8. Penyimpanan foto dalam talian
    Simpan foto dan video anda secara automatik ke OneDrive dari peranti mudah alih anda.
  9. Pemulihan ransomware
    Pulihkan fail anda yang mungkin telah diserang oleh ransomware.
  10. Penyelarasan perpustakaan
    Segerakan perpustakaan SharePoint ke PC atau komputer riba anda menggunakan aplikasi OneDrive untuk Windows atau Mac.
  11. Pautan boleh dikongsi
    Buat pautan yang boleh dikongsi untuk memudahkan orang lain melihat atau mengedit fail anda.
  12. Akses tamat tempoh
    Berikan akses sementara kepada pautan yang dikongsi dengan menetapkan tarikh tamat tempoh.

Untuk pengguna awam, ini adalah pakej OneDrive yang diberikan secara percuma adalah berkapasiti 5GB. Berikut adalah Pricing Plan Terkini.

TAHUKAH ANDA?
Dengan setiap pembelian Microsoft Surface daripada AR Edutech, anda akan dapat storan awan OneDrive sebanyak 5TB dan percuma Microsoft 365? Untuk maklumat lanjut, hubungi wasap.my/60193048070/surface atau mana-mana ejen sah AR Edutech.

Untuk pelbagai tutorial dan maklumat pendidikan digital.
Join:
t.me/teachdigitalschool