Murid telah kembali ke sekolah dan mereka datang dengan penuh harapan. Ibubapa menyandarkan kepercayaan yang tinggi kepada guru untuk mendidik anak mereka dengan baik. Di samping peranan guru sebagai pembekal dan penjana ilmu pengetahuan, guru juga mempunyai kemahiran untuk menanam minat murid untuk belajar dengan fokus. Elok kiranya kita lihat kembali beberapa perkara yang perlu dilakukan atau menjadi semakan.
Untuk membuat pelajar tertarik untuk belajar di dalam kelas, ada beberapa cara yang dapat dilakukan:

Buat suasana kelas yang menyenangkan dan selesa, dengan memperhatikan kebersihan dan keselesaan persekitaran kelas.
Dalam bilik darjah, tidak perlu ada hiasan yang mahal. Cukup sekadar bersih dan alat elektrik berfungsi dengan baik.
Keselesaan asas dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang baik. Di samping itu, murid boleh dididik agar menjadikan diri mereka sedia sebelum mula belajar contohnya menyiapkan alat tulis di atas meja dan buku-buku sudah tersedia untuk digunakan sebelum pdp dimulakan.

Jadikan pembelajaran lebih interaktif dan menyenangkan, dengan memanfaatkan berbagai teknologi atau media pembelajaran yang menarik seperti video, gambar, atau audio.
Ada pelbagai pilihan untuk menjadikan Pdp lebih menyeronokkan. Dengan kelebihan LCD atau Smartboard, cikgu dapat memaparkan aktiviti permainan online menyeronokkan, video sketsa atau skrin sesentuh untuk murid mengambil bahagian secara aktif dalam Pdp. Penggunaan audio juga dapat memberikan kelainan selain daripada amendengar ucapan lisan guru sahaja sepanjang hari.

Berikan tugas atau projek yang relevan dengan kehidupan sehari-hari pelajar, sehingga pelajar dapat melihat kegunaan dari apa yang mereka pelajari di kelas.
Sentiasa kemukakan soalan yang familiar kepada murid. Aktiviti pula adalah yang esuai dengan lokaliti di mana murid berada. Contohnya, jika murid FELDA diajar proses fotosintesis, sebaiknya gunakan contoh daun daripada pokok yang ada di kawasan FELDA.

Libatkan pelajar dalam diskusi dan kegiatan kelompok, sehingga mereka dapat belajar daripada rakan sekelas mereka dan memperluas pandangan mereka.
Bahagian terbesar dalam pengalaman murid di sekolah adalah mengenal rakan-rakan. Penting untuk murid ada kemahiran sosial dan mereka selesa adanya insan lain yang dapat membantu mereka belajar serta sentiasa ada sokongan orang lain di sekeliling.

Berikan pujian dan pengakuan atas usaha dan prestasi pelajar, agar mereka merasa dihargai dan bermotivasi untuk terus belajar dengan lebih baik.
Pujian meningkatkan semangat murid-murid. Murid-murid yang rasa telah berjaya mencapai sesuatu akan wujud rasa ingin melakukan lebih lagi walaupun usahanya kita lihat hanyalah kecil.

Tunjukkan kepentingan dan nilai dari apa yang dipelajari, dengan menjelaskan bagaimana pengetahuan yang diperoleh dapat membantu pelajar di masa depan.
Murid tidak akan berbuat sesuatu jika ia tidak beri ganjaran atau kepentingan kepada mereka. Tunjukkan kelebihan apa yang mereka pelajari dan manfaatkannya dalam kehidupan seharian. Contohnya, jika mereka belajar mengira, minta mereka bayangkan mereka perlu beri barang dan dapat jimatkan duit dengan cara yang betul. Dengan itu, wang lebihan dapat digunakan untuk simpanan atau menderma kepada orang lain.

Dengan menerapkan cara-cara tersebut, diharapkan pelajar dapat lebih tertarik dan bermotivasi untuk belajar di dalam kelas.