Berdasarkan satu surat KPM dikeluarkan bertarikh 20 Mac 2023, satu arahan dan penjelasan berkaitan autonomi guru telah diberikan.

Join untuk pelbagai tutorial dan maklumat pendidikan digital.
https://t.me/teachdigitalschool

Autonomi guru merujuk kepada hak dan tanggungjawab untuk menentukan pelaksanaan kurikulum yang merangkumi aspek kandungan kurikulum, pedagogi dan pentaksiran iaitu:

4.1 Kandungan kurikulum: Guru diberi autonomi dari segi merancang dan menyusun kandungan kurikulum dengan mengambil kira latar belakang murid, persekitaran dan sumber yang ada bagi mengoptimum keberhasilan pembelajaran murid. lni bermaksud, guru boleh merungkai kandungan kurikulum bagi memenuhi keperluan dan keupayaan murid seperti yang terkandung dalam pautan:
4.1.1 http://bpk.moe.gov.my
4.1.2 https://repositori.bpk.moe-dl.edu.my

4.2 Pedagogi: Guru diberi autonomi untuk memilih pendekatan, strategi dan bahan sumber PdP yang pelbagai serta sesuai dengan minat, bakat, gaya pembelajaran dan potensi murid. Guru juga boleh memilih untuk melaksanakan PdP di dalam dan di luar bilik darjah seperti yang terkandung dalam pautan:
4.2.1 https://sumberku.moe-dl.edu.my
4.2.2 https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/bsbpk/home

4.3 Pentaksiran: PBD dilaksanakan secara berterusan dalam PdP. Guru diberi autonomi untuk merancang dan melaksanakan PBD menggunakan instrumen yang bersesuaian dengan kaedah pentaksiran yang dipilih secara adil dan saksama mengikut keupayaan murid. Seterusnya, guru merekod hasil pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan. Guru juga diberi autonomi untuk menentukan tahap penguasaan murid berdasarkan pertimbangan profesional secara beretika dan bertanggungjawab seperti yang terkandung dalam pautan:
4.3.1 http://bpk.moe.dov.my
4.3.2 https://repositori.bpk.moe-dl.edu.my
4.3.3 https://moe.gov.my/muat-turun/pentaksiran-berasaskan-sekolah

Bagi memperkukuhkan autonomi dalam perancangan dan pelaksanaan PdP, pengetua dan guru besar perlu memberi sokongan dan bimbingan agar guru berasa selamat dan selesa dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Di samping itu, budaya kerja yang sihat dan secara kolaboratif dalam kalangan guru perlu diteruskan.