Kepimpinan murid dalam bilik darjah adalah penting untuk melahirkan pelajar yang berkaliber, berdedikasi dan bertanggungjawab dalam masyarakat. Kepimpinan juga boleh meningkatkan keyakinan diri, kemahiran sosial dan potensi pelajar sebagai pemimpin masa depan. Terdapat beberapa cara untuk memupuk kepimpinan murid dalam bilik darjah, antaranya:

Memberikan tugas dan tanggungjawab kepada murid dalam aktiviti pembelajaran seperti ketua kumpulan, ketua kelas atau ketua projek yang dapat mengasah kemahiran komunikasi, kerjasama dan penyelesaian masalah mereka.
Mendidik murid menjadi ketua memberikan mereka rasa kelebihan dan mengasah bakat mereka dalam menguruskan orang lain. Menjadi fitrah manusia untuk menjadi penjaga kepada sesuatu atau mengetuai sesuatu urusan. Dengan penerapan nilai murni ni seawal usia, murid dapat membina jati diri yang lebih teguh dan keberanian dalam diri mereka.

Melantik murid yang berpotensi sebagai pengawas sekolah yang bertanggungjawab menjaga disiplin, keselamatan dan kesejahteraan pelajar lain di sekolah.
Pemilihan itu adalah suatu penghargaan. Ia juga suatu pencapaian. Murid suka untuk menjadi golongan yang terpilih apatah lagi untuk sesuatu yang memberi khidmat kepada orang lain. Menjadi Pengawas adalah satu rebutan yang biasa di sekolah Sekolah boleh memperluas dan membuka peluang lebih banyak lagi. Apa yang penting mengingatkan murid, apa kriteria atau kredibiliti yang perlu ada pada seorang murid untuk mereka layak menjadi pengawas. Jadi, mereka akan berusaha ke arah tersebut.

Memberikan peranan ketua atau lantikan dalam kumpulan kecil dalam bilik darjah
Adalah kebiasaan murid diberikan jawatan khas, namun peranan kecil juga oleh dibentuk dalam bilik darjah. Antaranya menjadi ketua kumpulan, pembantu guru, guru mudah dan jawatankuasa kebersihan kelas. Setiap murid berpeluang menjadi ketua di dalam dan di luar bilik darjah. Bagi guru yang melakukan aktiviti Pembelajaran Digital dalam kelas, beberapa orang murid boleh diberikan tugas menyelia persiapan peralatan dan membantu guru semasa pembelajaran digital berlangsung.

Contoh Cikgu Fadhilah Mashri menjalankan Pdp Matematik menggunakan Surface dan peralatan digital di samping melibatkan murid dalam penggunaan dan persediaan alat.
Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat menggunakan Microsoft Surface daripada Cikgu Fadhilah di talian:
wasap.my/60124711185/jomberdigitalink

Menghargai dan mengiktiraf sumbangan dan pencapaian murid yang menunjukkan sifat kepimpinan melalui pemberian sijil pujian, hadiah kecil atau pujian verbal.
Semangat perlu ditingkatkan. Kepercayaan diri perlu diperbesarkan. Dua perkara ini menjadi pendorong utama untuk murid melakukan sesuatu dengan lebih baik. Apabila jati diri murid baik, maka mereka mudah melakukan sesuatu dengan sehabis baik.

Menyediakan persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah yang selesa, mesra, bebas daripada ancaman, sensitif kepada perbezaan individu, merangsang pembelajaran dan mewujudkan komunikasi terbuka.

Nak dapatkan laptop refurbished mampu milik, specs tinggi dan pelbagai warna pilihan? Hubungi bit.ly/AREDUTECHHQ untuk tempahan. Unit terhad!