Kedudukan tempat duduk murid adalah amat penting untuk suasana pembelajaran yang kondusif. Keadaan tempat duduk dan ruang yang baik memberi keselesaan kepada murid untuk belajar. Hal ini membantu murid memberikan tumpuan serta melaksanakan aktiviti dengan lancar. Selain daripada untuk kemudahan murid, kedudukan tempat duduk yang bersesuaian juga dapat menggalakkan komunikasi antara murid dan kolaboratif sesama mereka. Dalam merencanakan pendidikan abad ke 21 dan pembelajaran abad ke 21, kedudukan murid yang dapat merangsang elemen 4K adalah amat dititikberatkan. 4K tersebut adalah:

  • Komunikatif
  • Kolaboratif
  • Kritis dan
  • Kreatif

Umum telah mengetahui beberapa bentuk kedudukan tempat duduk yang dapat memenuhi kriteria ini. Namun, adakah jenis-jenis kedudukan tempat duduk yang dicadangkan adalah bersesuaian dengan ciri-ciri murid kita dan kepelbagaian aras mereka?
Di sini mari kita lihat kembali beberapa jenis kedudukan tempat duduk kelas abad ke 21, meneliti kelebihan dan kekurangan setiap satunya.

Kelebihan: Guru dapat melihat dan mengenal pasti setiap murid dengan baik. Murid memberikan lebih tumpuan dalam kelas.
Kekurangan: Sukar untuk aktiviti kumpulan. Lebih sesuai untuk murid sekolah rendah Darjah 1 dan 2 di mana mereka berada di peringkat mendisiplinkan diri dan membina tumpuan dalam belajar. Sukar untuk guru mendekati murid.

Visualiser membantu memaparkan buku teks atau panduan menjawab latihan bercetak dengan mudah. Nak dapatkan visualiser ini? Klik:
wasap.my/60193048070/vc

Kelebihan: Mudah untuk guru membuat pengkelasan murid. Homogeneous grouping iaitu kumpulan mengikut jenis keupayaan pembelajaran lebih teratur. Pergerakan guru lebih mudah untuk mendekati murid.
Kekurangan: Murid perlu memusingkan kerusi pada kebanyakan masa. Kumpulan meja adalah terlalu besar. Perlu sempadan yang jelas jika setiap kumpulan besar perlu dipecahkan kepada dua. 

Kelebihan: Kumpulan-kumpulan lebih dinamik dan mungkin ada sebab-sebab khas dua kumpulan berjumlah 5 orang. Bilangan ahli kumpulan cukup baik dan sama rata.
Kekurangan: Sukar untuk murid yang menghadap belakang untuk memusingkan kerusi mereka. Pada kebanyakan masa, guru perlu berada di tengah kelas dan menyeimbangkan arah pandangan kepada murid. 

Kelebihan: Semua murid dapat memberikan tumpuan. Guru juga mudah mengedarkan bahan. Pembentukan kumpulan, jika perlu juga mudah untuk dibuat.
Kekurangan: Beberapa orang murid dari sesetengah sudut sukar untuk didekati. 

Kelebihan: Komunikasi murid dan interaksi murid boleh datang daripada pelbagai hala. Pertukaran dari satu kumpulan ke satu kumpulan juga mudah. Guru boleh berada dekat dengan murid. Pengedaran bahan juga akan berlaku dengan lancar. 
Kekurangan: Hampir tiada.

Kelebihan: Murid dapat memberi tumpuan yang baik dan tidak mengalami banyak masalah dalam mengalihkan pandangan atau kerusi. Bilangan ahli kumpulan juga memadai. 3 orang sebaris mungkin mempunyai maksud tertentu. Guru boleh bergerak dengan bebas. 
Kekurangan: Hampir tiada.

Kelebihan: Kedudukan kelas yang paling popular. Murid dapat membina keyakinan diri dengan bergerak dalam pasangan masing-masing yang juga menjadi should partner mereka. Cikgu juga dapat memberi tumpuan kepada banyak murid. Hal ini sesuai untuk membiasakan murid dengan kerja berkumpulan sebelum mereka melakukan aktiviti dalam kumpulan yang besar.
Kekurangan:  Terlalu banyak ‘pair groups’ yang perlu cikgu lihat dan beri tumpuan. Disiplin murid juga boleh terganggu apabila mereka berada dalam kumpulan yang lebih kecil dan terasing.

Kelebihan: Murid memberikan tumpuan dalam kelas. 
Kekurangan: Sukar dan mengambil masa apabila perlu menyusun meja dalam bentuk kumpulan untuk aktiviti kumpulan.

Kelebihan: Murid memberikan tumpuan dalam kelas. Kurang kumpulan untuk diberikan tumpuan kerana blebih bilangan murid dalam kelas. Murid mudah untuk membentuk kumpulan 6 orang ahli dengan hanya perlu pusing ke belakang.
Kekurangan: Hampir tiada.

Kelebihan: Mudah apabila guru perlu melakukan aktiviti untuk ‘whole class’ dan guru perlu berada di tengah. Memberi peluang sama rata kepada murid untuk berinteraksi dengan guru dengan lebih dekat.
Kekurangan: Terhad kepada aktiviti tertentu sahaja. Tidak sesuai untuk aktiviti berkumpulan.

Kelebihan: Ruang tengah yang luas. Murid dapat memberikan pembentangan dengan ruang yang lebih besar dan dekat dengan semua rakan. Mereka boleh buat persembahan, demonstrasi dan sketsa.
Kekurangan: Tidak sesuai untuk murid yang ramai. Aktiviti kumpulan kecil juga sukar untuk dijalankan.

Ada banyak lagi bentuk kedudukan tempat duduk murid kelas abad ke 21. Setiap satunya mempunyai prinsip tersendiri serta pros dan cons. Cikgu perlu menetapkan yang mana satu boleh menepati keperluan pembelajaran murid dan memudahkan guru untuk memudahcara pembelajaran dalam kelas. Di samping itu, cikgu boleh memilih bentuk yang macam mana dapat disuai padankan dan mudah diadaptasi dengan bentuk yang lain supaya pembelajaran dalam kelas lebih flekssibel 

Macam-macam Surface ada. Yang perlukan kuasa tinggi mahupun rendah.
Untuk khidmat nasihat dan pelbagai pilihan Surface? Klik:
wasap.my/60193048070/surface